Thursday, 22 March 2012
KURSUS KEPIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH
Pada 22 Mac 2012 (Khamis) telah diadakan Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Peringkat Daerah Kuala Pilah Sesi 2012. Kursus tesebut telah dijayakan bertempat di Dewan Biduanda SK Kuala Pilah yang berakhir jam 1 Petang. Majlis Penutupan Program telah disempurnakan oleh En. Kamarudin Bin Said, Guru Besar SK Kuala Pilah merangkap Pengerusi Pengelola Program tersebut.
Diharapkan para peserta seramai 40 Orang dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang telah dibekalkan oleh barisan fasilitator program yang juga merupakan Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh MAsa (GBKSM) SR di daerah Kuala Pilah. Pihak pengelola mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga bertemu lagi di lain majlis!!! Arigatoo!!!
Sunday, 18 March 2012
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI...
setelah hampir 3 bulan SK Kuala Pilah tidak mempunyai Guru Besar, akhirnya kami telah menerima "Bos" baru iaitu En. Kamarudin Bin Said, mantan Guru Besar Ampang Tinggi. Guru Besar Cemerlang yang lama, En. Nizamuddin Bin Zaizakrani telah bersara pada 2 Januari 2012 yang lalu... semoga En. kamarudin Bin Said akan meneruskan kesinambungan kejayaan SK Kuala Pilah di peringkat yang terbaik! Selamat Datang Cikgu...
KURSUS INDUKSI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SEK RENDAH PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH
Untuk makluman, Kursus Induksi PRS Daerah Kuala Pilah 2012 bakal diadakan di Dewan Biduanda SK Kuala Pilah pada 22 Mac 2012 (Khamis) bermula jam 7.30 Pagi hingga 2.00 Petang. Sekolah yang menyertai ialah sek tuan rumah (SKKP), SK Tunku Kurshiah, SK Senaling, SK Ampang Tinggi serta SJK(C) Chung Hua... mohon para peserta seramai 40 orang bersedia daripada aspek fizikal, mental, rohani, emosi & jasmani dalam menjalankan kursus tersebut... moga menerpa kejayaan!
Friday, 9 March 2012
AKIBAT BAKHIL
| Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya: "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya: "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. |
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi ber jumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku . Rupanya beliau berada di syurga dan sedang dijamu oleh penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
“Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air menggunakan tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaran-Nya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYA-ALLAH"
"UAR-UARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA"

Hakikat Sebuah Kehidupan...
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
It's In Our Hand...
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
KEIKHLASAN DIRI
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak , tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. Ustaz Khalid Haji Mohd Isa.

BUKAN SEBARANG KATAK
Pada suatu masa dahulu di zaman Nabi Daud a.s, seorang lelaki telah memasuki hutan untuk beribadat kepada Allah. Setelah genap setahun dia di dalam hutan, timbul rasa jemu lantaran tiada apa-apa perubahan pada dirinya. Lalu dia berdoa kepada Allah ,
" Ya Allah, sudah puas aku mengabdikan diriku kepadaMu. Seluruh tubuhku terasa sakit dan air mataku sudah kering, menangis keranaMu, ya Allah. Akan tetapi aku tidak tahu apakah yang bakal terjadi kepadaku selepas ini?"
Semasa dia berdoa itu, telah didengari oleh seekor katak yang berada berdekatan situ. Allah s.w.t telah mengarahkan katak itu menjawab pertanyaan lelaki itu. Dengan izin Allah, katak itupun bersuara,
"Wahai tuan hamba, apakah yang kamu fikirkan dengan ibadat kamu yang baru setahun itu? Adakah tuan tahu, saya sudah tinggal di dalam hutan ini lebih daripada 6o tahun! Saya sering memuji dan berzikir kepada Allah."
Terkejut lelaki itu melihatkan katak itu memandang ke arahnya dan sudah tentu katak itu sedang bercakap dengannya. Dia terpaku seketika. Kemudian katak itu menyambung semula kata-katanya,
"Adakah kamu kira masa setahun itu sudah cukup bagi kamu mengatakan kamu sudah beriman kepada Allah s.w.t ?"
Lelaki itu terdiam seketika sebelum berkata,
"Bagi aku setahun itu sudah cukup lama, namun aku masih juga begini!"
Katak itu menjawab pula,
"Aku sudah tinggal di dalam hutan ini hampir 60 tahun. Aku tetap juga bertasbih dan bertahmid. Sehingga kini, kakiku masih terasa gementar walaupun siang dan malam aku memuji-muji kebesaran Allah s.w.t."
Sebaik mendengar kata-kata katak itu, timbul kesedaran dalam diri lelaki itu dan menjawab,
"Baru sekarang aku faham, rupa-rupanya aku telah tersalah sangka. Sudah hampir 60 tahun kamu beribadat kepada Tuhan sedangkan aku baru genap setahun."
"Bertaubatlah kamu," kata katak itu lagi.
Mendengarkan kata-kata katak itu, lelaki itu menangis tersedu-sedan menyesali perbuatannya sambil berdoa,
"Ya Allah, sesungguhnya aku bertaubat dan menyesal di atas keterlanjuran aku . Ampunilah segala dosaku."
Sesungguhnya lelaki itu sangat malu dengan katak yang telah memberi nasihat kepadanya itu.
Sumber: koleksi Kisah Teladan

Borang Temujanji Secara Online
Warga SK Kuala Pilah kini boleh menggunakan perkhidmatan terbaru Unit Bimbingan & Kaunseling iaitu Temujanji Secara Online. Pautan ini boleh dilihat di sebelah kiri laman blog ini. Pengguna hanya perlu klik masuk ke pautan yang tersedia dan paparan borang akan muncul. Sila isikan borang dengan teliti dan klik email untuk memastikan borang tersebut dihantar kepada kaunselor untuk diproses.
Unit Bimbingan & Kaunseling menerima apa sahaja permasalahan dan kerumitan anda untuk dikongsi dan dicernakan bersama. Usah bimbang, segala maklumat anda adalah rahsia. Anda juga boleh klik pada pautan di bawah untuk melihat borang temujanji on-line

Cerita Dua Ekor Katak
Dua ekor katak yang bersahabat baik sejak dari kecil telah terjatuh ke dalam sebuah baldi besar yang berisi susu mentah. Kedua-dua katak tadi tidak dapat melompat keluar setelah mencuba beberapa kali kerana baldi tersebut terlalu tinggi buat mereka dan kedudukan susu pula jauh dari paras mulut baldi.
Katak yang pertama merasa putus asa setelah gagal melompat keluar. Dengan rasa hampa dan kecewa, katak yang pertama menghentikan usaha untuk melompat keluar dan akhirnya mati dalam kekecewaan.
Manakala katak yang kedua pula terus berusaha berenang sambil mengayuh keempat-empat kakinya. Setelah berusaha hampir berjam-jam, katak yang kedua merasa amat terkejut. Terkejut kerana berada di atas ketulan keras KEJU yang yang terhasil akibat kayuhan kakinya. Dan untuk kali yang seterusnya, katak tersebut menggunakan usahanya dan melompat keluar baldi dan terkeluar dari baldi. Katak tadi bersyukur dengan usahanya tetapi merasa sedih kerana kehilangan sahabat yang menyerah pada nasib.

Thursday, 8 March 2012
KATAK BERLUMBA
Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil,...yang berlumba-lumba Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.
Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta...
Perlumbaan pun dimulakan...
Secara jujur:
Tak satupun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.
Terdengar ada yang berkata:
"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."
atau:
"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!
Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...
... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak
"Terlalu susah!!! Tak seorangpun yang akan berjaya!!!"
Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...
...Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak mahu menyerah kalah!
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?
Ternyata...
Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!
Nasihat bijak dari cerita ini adalah:
Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...
...karena mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalulah fikirkan kata2 bertuah yang ada.
Karena segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!
Kerana itu:
Selalulah tetap....
POSITIVE!
Dan yang terpenting:
Bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:
I can do this!
5 TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN
5 TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Apabila tiba musim peperiksaan tentu ada diantara adik-adik yang rasa gementar, gelisah dan pelbagai perasaan lain yang tidak menyenangkan. Apakah sebabnya? Adakah kerana tidak bersedia? Ataupun bimbang soalan yang bakal adik-adik terima itu sukar? Persoalan itu hanya adik-adik sahaja yang boleh menjawabnya.
Tetapi adik-adik jangan bimbang, kami di Innovology mungkin boleh memberi beberapa tips yang boleh adik-adik gunakan ketika menghadapi peperiksaan. Berikut merupakan 5 tips menghadapi peperiksaan yang boleh adik-adik cuba:
1.Mengulangkaji pelajaran
Ya, tidak dinafikan lagi memang benar, jika kita tidak bersedia kita akan merasa gementar lebih-lebih lagi jika kita belum lagi mengulangkaji pelajaran. Tentu perasaan gementar muncul apabila merasakan ilmu masih belum cukup. Kerana itu adik-adik tidak digalakkan untuk belajar disaat-saat akhir. Pastikan adik-adik selesai mengulangkaji pelajaran beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Belajar dan fahami, bukan belajar semata-mata untuk menghafal ya! Gunakan baki hari yang ada untuk menyemak nota-nota kecil untuk menguatkan lagi ingatan adik-adik.
2. Buat persiapan awal
Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba ketika menjawab soalan peperiksaan, pensil adik-adik tumpul tetapi tiada pengasah pensel?
Tentu adik kelam-kabut meminjam dari rakan bukan? Tentu sekali pada ketika itu adik-adik akan merasa gementar, dada adik-adik akan berdebar. Jadi apakah kesannya kepada diri adik-adik? Adik-adik akan “blank”! Perasaan gementar tadi akan mempengaruhi diri membuatkan adik-adik lupa sebentar tentang peperiksaan yang diduduki. Perkara ini perlu dielakkan.
Pastikan adik-adik menyediakan alatan yang secukupnya beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Periksa dan pastikan slip peperiksaan ataupun alat-alat yang perlu dibawa ada bersama adik-adik pada malam sebelum peperiksaan bermula. Barulah adik-adik boleh menjawab dengan tenang
3. Tidur awal dan rehat secukupnya
Rehat yang secukupnya adalah penting bagi pelajar kerana berfikir memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi. Jadi jika tubuh adik-adik lemah dan tidak bertenaga, keupayaan adik-adik untuk melontarkan buah fikiran ataupun menjawab soalan peperiksaan akan terjejas. Pada malam peperiksaan, adik-adik harus tidur awal. Elakkan dari bersukan sehari sebelum peperiksaan kerana dikhuatiri adik-adik akan terlalu penat sehingga mengganggu keupayaan adik-adik untuk menjawab peperiksaan.
4. Semak jadual betul-betul!
Adalah sangat-sangat penting bagi adik-adik untuk menyemak jadual peperiksaan sebaik mungkin. Jangan tersilap! Ini kerana masalah akan timbul dari segi persediaan adik-adik untuk menjawab peperiksaan. Kadangkala waktu peperiksaan tidak sama menyebabkan adik terlepas dari menduduki peperiksaan tersebut. Bagi mengelakkan kekeliruan pastikan adik-adik tanya pada guru adik-adik dan periksa jadual yang diberi bersama rakan bagi memastikan adik-adik tidak tersilap.
5. Berdoa dan bertawakal
Akhir sekali, kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Selepas kita berhempas pulas belajar, apa yang adik-adik perlu lakukan adalah bertawakal kepada Allah dan sentiasa berdoa untuk kejayaan diri adik-adik. Pastikan adik-adik mendoakan kejayaan rakan-rakan yang lain juga. Jika adik-adik tidak mendapat apa yang diinginkan apabila mengambil keputusan nanti, bersyukur sahaja atas apa yang adik dapat. Kerana walau apapun keputusannya, ianya adalah anugerah dari Allah. Yang penting bagi kita umat Islam adalah jangan buruk sangka pada Allah, setiap apa yang Allah lakukan kepada kita ada sebabnya. Ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku

LOBAK, TELUR & KOPI
Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi tiga periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah duapuluh minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.
Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.
Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.
"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"
Bagaimana dengan anda?
Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.
Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?
Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.
Resepi Kejayaan
Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
8 sudu the rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.
Subscribe to:
Comments (Atom)