Dua ekor katak yang bersahabat baik sejak dari kecil telah terjatuh ke dalam sebuah baldi besar yang berisi susu mentah. Kedua-dua katak tadi tidak dapat melompat keluar setelah mencuba beberapa kali kerana baldi tersebut terlalu tinggi buat mereka dan kedudukan susu pula jauh dari paras mulut baldi.
Katak yang pertama merasa putus asa setelah gagal melompat keluar. Dengan rasa hampa dan kecewa, katak yang pertama menghentikan usaha untuk melompat keluar dan akhirnya mati dalam kekecewaan.
Manakala katak yang kedua pula terus berusaha berenang sambil mengayuh keempat-empat kakinya. Setelah berusaha hampir berjam-jam, katak yang kedua merasa amat terkejut. Terkejut kerana berada di atas ketulan keras KEJU yang yang terhasil akibat kayuhan kakinya. Dan untuk kali yang seterusnya, katak tersebut menggunakan usahanya dan melompat keluar baldi dan terkeluar dari baldi. Katak tadi bersyukur dengan usahanya tetapi merasa sedih kerana kehilangan sahabat yang menyerah pada nasib.

No comments:
Post a Comment