Warga SK Kuala Pilah kini boleh menggunakan perkhidmatan terbaru Unit Bimbingan & Kaunseling iaitu Temujanji Secara Online. Pautan ini boleh dilihat di sebelah kiri laman blog ini. Pengguna hanya perlu klik masuk ke pautan yang tersedia dan paparan borang akan muncul. Sila isikan borang dengan teliti dan klik email untuk memastikan borang tersebut dihantar kepada kaunselor untuk diproses.
Unit Bimbingan & Kaunseling menerima apa sahaja permasalahan dan kerumitan anda untuk dikongsi dan dicernakan bersama. Usah bimbang, segala maklumat anda adalah rahsia. Anda juga boleh klik pada pautan di bawah untuk melihat borang temujanji on-line
No comments:
Post a Comment